27 Februari 2025-KHAMIS
Program UMI Perdana telah diadakan pada 27 Februari 2025 di Galeri Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Penceramah daripada JAHEAIK iaitu Al-Fadhil Ustaz Suratemi telah dijemput untuk menyampaiakn Kuliah UMI Perdana. Pada Majlis ini juga telah diadakan perasmian bagi Majlis Pelancaran UMI dan Ihya Ramadhan. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan. Pada majlis ini juga telah diadakan sesi taklimat oleh pihak YAPIEM.