faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Latar Belakang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

SEJARAH PENUBUHAN

· Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan mula ditubuhkan berdasarkan Seksyen 8(1), (2), (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982 (Pindaan 1998).

·  Penubuhannya berkuatkuasa pada 16hb Julai 1998 mengikut Warta Kerajaan Negeri Kelantan Jld.51 Nombor 7 yang bertarikh 26hb Mac 1998.

· Sebelum itu, Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dibawah Pejabat Qadhi Besar Kelantan dan diketuai Qadhi Besar yang kemudian diubah kepada Ketua Hakim Syarie mulai pada 16hb Ogos 1998. 

SEJARAH PERKEMBANGAN

Tarikh Perkembangan
04.02.1972

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-qadhi seluruh Malaysia dengan hasrat untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kedudukan Mahkamah Syariah. 

30.04.1983

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menimbang laporan jawatankuasa tersebut dan memperakui untuk diterima pakai oleh negeri-negeri mengenai;-

1. Struktur Organisasi Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa, Prosedur dan tugas-tugas Qhadi

2. Susunan Struktur Organisasi hendaklah mempunyai tiga peringkat iaitu, Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

3. Negeri-negeri wajib mempunyai Organisasi Mahkamah Syariah dengan struktur dan tanggungjawab semata-mata dalam perkara kehakiman.

02.06.1990

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia telah membuat pemeriksaan perjawatan bagi mewujudkan Mahkamah Syariah Negeri.

09.06.1991

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Perjawatan telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ini.

03.11.1991

Majlis Mesyuarat Kerajaan telah berbincang kertas MMK Bil. 22/862/91(25) dan bersetuju jawatan-jawatan berkenaan diluluskan tetapi pengisian jawatan-jawatan yang berkenaan bergantung kepada kemampuan dari segi kewangan dan hendaklah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan terlebih dahulu.

16.01.1995

Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan dan perakuan Perbendaharaan Malaysia bagi kelulusan perjawatan mengikut perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.

11.07.1996

Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan kelulusan Perjawatan Bil. 67 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 15 Julai 1996 mengenai perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

 

 

MANTAN KETUA HAKIM SYARIE

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT
1 HAJI HASAN BIN MUHAMAD   1920 - 1935
2 DATO' HAJI AHMAD MAHER BIN ISMAIL AL-AZAHARI   1935 - 1938
3 DATO' HAJI MOHD NOOR BIN HAJI IBRAHIM   1939 - 1941
4 HAJI NIK MOHD ADEEB BIN HAJI NIK MUHAMMAD   1941 - 1957
5 HAJI OMAR BIN HAJI MUSA   1957 - 1961
6 DATO' HAJI AHMAD BIN HAJI IDRIS   1961 - 1969
7 DATO' HAJI YUSOFF BIN HAJI OTHMAN   1969 - 1988
8 DATO' HAJI DAUD BIN HAJI MUHAMMAD   1989 - 2019
9 DATO' HAJI ABU BAKAR BIN ABDULLAH KUTTY   2019 - 2022
10 Y.A.A DATO' HAJI IBRAHIM BIN DERIS   2022 - SEKARANG
Mulai 16 Julai 1989, jawatan Qadhi Besar dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Ketua Hakim Syarie

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan