23 Februari 2025, 2.30 petang
KOTA BHARU | Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (BSK JKSKN) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Dana Bantuan Nafkah Bahagian BSK JKSKN yang telah diadakan pada 23 Februari 2025 bertempat di Hotel IBIS Style Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 30 orang telah dipilih sebagai penerima dana bantuan nafkah BSK JKSKN. Pemilihan nama-nama penerima ini telah ditentukan melalui penilaian had kifayah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Di samping itu, penerima merupakan pelanggan berdaftar dengan BSK JKSKN.
Pada majlis tersebut, YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Akaun Amanah BSK JKSKN telah menyampaikan ucapan alu-aluan manakala perasmian dan penyerahan dana bantuan nafkah telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Turut hadir dalam majlis ini Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM serta ahli Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah BSK JKSKN.
Pada kesempatan yang sama juga, YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris telah menerima simbolik penyerahan sumbangan wang zakat wakalah daripada Yayasan AmanahRaya Berhad berjumlah RM20,000.00 yang telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Mohd Amran bin Mat Zain.
Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan para pelanggan BSK yang berhak menerima bantuan nafkah dapat dibantu dengan sewajarnya.
Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin,
Bahagian Sokongan Keluarga
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
