faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Pengurusan Kes

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

 

PENGURUSAN KES DI MAHKAMAH NEGERI KELANTAN

Proses utama pengurusan kes mal, jenayah atau faraid akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes berdasarkan Bidang Kuasa Mahkamah.

Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan.  Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman / notis permohonan dan sebagainya.  Kemudian kes akan disebut pada hari yang telah ditetapkan.


Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.

Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Salinan perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang memohon.

Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati terhadap mana-mana keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan