faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Bidangkuasa Mahkamah Tinggi

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan mempunyai bidangkuasa di Seluruh Negeri Kelantan dan hendaklan diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Peruntukan ini terkandung dalam Enakmen No.3 Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan Tahun 1982. Berkenaan dengan jenis bidang kuasanya, ianya terbahagi kepada dua iaitu bidangkuasa jenayah dan bidangkuasa mal/sivil.  Peruntukkan tersebut berbunyi:

Bidangkuasa Mahkamah  Tinggi Syariah hendaklah;

(1) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini  atau di bawah mana-mana undang-undang  bertulis yang diperuntukan bagi kesalahan itu dan bolehlah mengenai apa-apa hukuman yang telahpun diperuntukan baginya.

(2) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan pembicaraan dalam mana semua pihak-pihak  adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:

(i) Pertunangan, perkahwinan, rujuk’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), taklik,  nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri.

(ii) Mana-mana pembahagian atau tuntutan kepada mana-mana harta terbit dari mana-mana perkara tersebut didalam perenggan - kecil(i) seksen ini:

iii) Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan kanak-kanak penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;

(iv) Pembahagian atau tuntutan harta kepada harta sepencarian atau dom;

(v) Menentukan nasab atau faraid orang-orang berhak mandapat bahagian pesaka;

(vi) Alang hayat (hibah) atau pembatalannya:

(vii) Wasiat atau Wakaf atau nazar atau;

(viii) Lain-lain perkara yang mana bidangkuasanya telah ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;

Dengan syarat bahawa Mahkamah itu lazimnya, tidaklah membicarakan mana-mana kesalahan atau mendengar atau menentukan mana-mana tindakan atau membicarakan mengenai mana-mana Mahkamah Rendah Syariah yang mempunyai bidangkuasa tersebut.

(3) Memeriksa mana-mana rekod pembicaraan Mahkamah Rendah Syariah dan boleh membuat keputusan seperti berikut:-

(a) Dalam sesuatu perkara jenayah membatalkan sabitan, mengenepikan, mengurangkan atau memerintahkan pembicaraan semula diadakan;

(b) Dalam sesuatu perkara Mal mengubah hukuman, perintah atau keputusan Mahkamah pembicaraan, menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana dijalankan oleh Mahkamah pembicaraan, membuat apa-apa perintah sebagaimana dibuat oleh Mahkamah pembicaraan atau memerintahkan pembicaraan semula diadakan.

 

(4) Apabila Mahkamah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding dibawah subseksyen (3) segala prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara atau prosiding hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah.

 

(5) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Ketua Hakim Syarie untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan