faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri Kelantan  untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan  Enakmen No.3 Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan Tahun 1982.

1.   Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh;-

(a) Dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintah Mahkamah yang membicarakan kes itu memanggil kes pembelaan atau membuat sisatan lanjut, menambah atau mengubah hukuman itu, memerintah pembicaraan semula atau mengubah atau membatalkan sebarang perintah oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu atau;

(b) Dalam perkara Mal, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu, menjalankan mana-mana kuasa tersebut sebagaimana Mahkamah boleh melaksanakannya , membuat perintah sebagaimana Mahkamah yang membicarakan sepatutnya membuat atau memerintah pembicaraan semula.

 

2.  Sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah di atas mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah:-

(a) Dalam bidangkuasa jenayah;-

i.   Oleh seseorang yang disabitkan dan dihukum penjara atau denda, rayuan itu boleh dibuat terhadap sabitan atau hukuman atau kedua-duanya sekali

ii.  Oleh sesorang yang menjalankan dakwaan rayuan itu bolehlah dibuat terhadap hukuman atau perintah pembebasan atau pembuangan kes pendakwaan atau kedua-duanya sekali

 

(b) Dalam bidangkuasa Malnya;-

 i.   oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu

ii.   dalam segala kes berkenaan dengan mana-mana keputusan mengenai taraf diri oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu

iii.  dalam segala kes berhubung dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang terkilan atau tidak puashati dengan hukuman, perintah atau keputusan

 

(c) Dalam apa-apa kes yang ada diperuntukan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(d) Dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah memberi kebenaran untuk merayu.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan