- Pastikan pelanggan adalah bermukim/ bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:
» Kad Pengenalan
» Resit Pengenalan Sementara
» Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan).
» Bil-bil elektrik dan air sahaja.
» Pengesahan majikan (Tentera/ polis)
- Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap pendaftaran kes mal telah lengkap dan ditandatangani.
- Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
- Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya
- Setiap salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan.
- Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.
“Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami dipenjara selama tempoh 3 tahun atau lebih ialah Seksyen 52(1) (c) Enakmen Keluarga Islam Kelantan 4/84”
Pengklasfikasian Kes-Kes Saman Dan Permohonan Mahkamah Syariah Kelantan
A. Kes-Kes Saman
Tuntutan Mohon Cerai
Tuntutan Sah Cerai
Tuntutan Cerai Ta’liq
Tuntutan Cerai Fasakh
Tuntutan nafkah
Tuntutan Hadhanah
Tuntutan Poligami
Wali Enggan
Engkar Pertunangan
B. Kes-Kes Permohonan
Ubah Perintah
Penghinaan Mahkamah
Anggapan mati
Perintah Tegahan
Wali Hakim
Notis tunjuk sebab
Pengesahan Nikah
Injunksi
Permohonan Ex-Parte
Bertindak sebagai orang miskin.