Tatacara Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah
Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :
- Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Kelantan atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Kelantan.
- Tuntutan melebihi RM100,000.00 – bidangkuasa MTS - tuntutan selepas
- Tuntutan bawah RM100,000.00 – bidangkuasa MRS perceraian/Faraid
- Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
- Kes-kes melibatkan perceraian – bidangkuasa MRS
- Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian – bidangkuasa MTS
Langkah-Langkahnya;
i. Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (borang juga boleh di muat turun dari laman web JKSNK ini.
ii . Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak.
iii. Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran MTS/ MRS berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.
iv. Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.
v. Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran.
Contoh no. pendaftaran kes :10100-028-0124-2011
vi. Pembayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.
vii. Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.
viii. Pastikan anda mendapat salinan saman/ permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar, tarikh, masa dan tempat bicara.