faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Bahagian Sokongan Keluarga

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Pengenalan SBSK (Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga)

Isu Mahkamah Syariah dan orang Islam bukan satu perkara baru. Dari isu kes-kes kekeluargaan tertangguh dan kelewatan mahkamah menyelesai kes perceraian sehinggalah kepada kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak, sehinggalah kepada hal poligami, mutaah dan harta sepencarian, semua isu ini menjadi tajuk menarik akhbar dan penulisan.

Dari pelbagai kritikan dan pandangan ini Mahkamah Syariah amnya dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia khasnya telah berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu ini. Isu perintah nafkah dari Mahkamah Syariah yang tidak terlaksana atau tidak dihormati telah menarik perhatian pemimpin negara.

Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN Kelantan). 

 

Matlamat SBSK :

  • Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen.
  • Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri

Fungsi SBSK :

    • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
    • Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
    • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
    • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
    • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi. 

 

Objektif SBSK :

    • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
    • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
    • Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah;

 

Visi


"Berusaha menjadikan SBSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif"


Misi

"SBSK komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni"

 

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN

(1)  Memberi khidmat nasihat perundangan kepada pihak-pihak 

  • hadir ke pejabat BSK dengan membawa perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami
  • berjumpa dengan kakitangan BSK di kaunter untuk mengisi borang pemdaftaran dan membuat temujanji dengan pegawai
  • berjumpa dengan pegawai untuk tindakan lanjut 

(2)  Menyalurkan bantuan sara hidup sementara / dana kepada isteri dan anak-anak

  • hadir ke pejabat BSK dengan membawa perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami
  • siasatan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan pemohon
  • dana akan didahulukan selama 6 bulan kepada pemohon yang layak 

(3)  Melaksanakan penguatkuasaan perintah / penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah

  • failkan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah sekiranya didapati perintah tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami
  • siasatan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan pemohon
  • beri maklumat suami/bekas suami
  • proses pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah berjalan.
  • dana yang telah didahulukan akan dikembalikan kepada BSK.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan