faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

PENGENALAN DATASET / DATA TERBUKA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan di akses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

 

Data Terbuka Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Pendaftaran Kes Jenayah JKSNK

Pendaftaran Kes Mal JKSNK

Statistik Kes Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga JKSNK

Pendaftaran Kes Mal, Jenayah, Faraid dan Rayuan JKSNK

Senarai Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Kelantan

Statistik Kes Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan(UKNP), BSK JKSNK

Statistik Kes Unit Pengurusan Data (UPD), BSK JKSNK

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)