07 Oktober 2024 KOTA BHARU
- Bahagian Sokongan Keluarga dan Unit Sulh (BSK/SULH) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKN) telah menyertai program Hari Kesedaran Undang-Undang Negeri Kelantan anjuran Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan bertempat di Pasaraya MYDIN, Tunjong, Kota Bharu.
BSK/SULH JKSNKN telah dijemput sebagai pampamer bersama-sama dengan pelbagai agensi yang lain bertujuan mewarwarkan perkhidmatan yang disediakan. Pelbagai acara diadakan antaranya Pertandingan Pidato, Ceramah dari Jabatan Penjara Malaysia dan Forum Undang-Undang dan Kito: Gapo Keno Cakno.
Untuk makluman, Forum Undang-Undang dan Kito: Gapo Keno Cakno telah dikendalikan oleh Puan Khairunnasriah binti Abdul Salam dan dibarisi oleh panel 1, Tuan Mohd Azeezi bin Nordin (Peguam Bela & Peguam Cara) dan panel 2, Tuan Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin (Penolong Pengarah Kanan, BSK JKSNKN).
Majlis Perasmian program telah dirasmikan oleh YB. Tuan Wan Rohimi bin Wan Daud, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang Negeri Kelantan.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberikan pendedahan dan mewujudkan masyarakat yang cakna dan celik undang-undang.
Laporan Oleh : Puan Siti Nursila binti Moh Latfi |