11-12 OKTOBER 2024 - Hari Keluarga bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh pihak KESUMAS telah diadakan di Tanjong Demong Beach Resort Kuala Terengganu.
Program selama 2 hari ini diadakan dengan pelbagai acara seperti sukaneka, makan malam dan mendaki Bukit Keluang. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua kakitangan. Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa program. Pelbagai hadiah juga telah disediakan kepada semua kakitangan. Program ini telah dirasmikan oleh YA Tuan HAji Mohd Anwan bin Abi Muttalib.