faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

MAJLIS PERASMIAN MUZAKARAH PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan telah menganjurkan Muzakarah Perundangan Syariah Negeri Kelantan Tahun 2023 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Muzakarah yang berlangsung selama 2 hari bermula 20 sehingga 21 November 2023 itu telah dirasmikan oleh dirasmikan oleh Yang Amat Arif Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan mewakili Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan. Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut, YB. Dato' Kaya Perba Sāhibussamāhah Dato' Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan) serta wakil-wakil dari agensi hal ehwal agama Islam Negeri Kelantan.
Muzakarah yang julung kali diadakan ini telah disertai seramai 50 orang peserta dari pelbagai agensi seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan, Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kelantan. Ia merupakan platfom yang terbaik dalam memastikan berlakunya kordinasi yang baik dari sudut perundangan Syariah antara agensi agama di Negeri Kelantan.
Objektif muzakarah ini, antaranya:
i) Menentusahkan fungsi dan peranan setiap agensi mengikut undang-undang yang berkuatkuasa;
ii) Menambah baik dan memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan; dan
iii) Mengurangkan karenah birokrasi kepada pelanggan
Dalam ucapannya, YB. Dato' Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan menyatakan bahawa muzakarah seperti ini merupakan satu medan terbaik yang perlu digunakan oleh setiap agensi yang terlibat bagi membincangkan kaedah yang terbaik bagi menangani apa jua kekhilafan dan kekurangan yang berbangkit terutamanya berkaitan fungsi dan peranan setiap agensi. Melalui perbincangan dan cadangan yang diutarakan di dalam muzakarah ini diharapkan dapat membuahkan solusi yang terbaik dan tuntas ke arah pelaksanaan gerak kerja yang lebih sistematik. Secara tidak langsung, gerak kerja yang sistematik ini akan memberikan gambaran yang positif dari kalangan masyarakat terhadap agensi yang menguruskan hal ehwal agama Islam dan perundangan Syariah di Negeri Kelantan.
Diharapkan muzakarah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang selari dengan isu dan permasalahan yang semakin kompleks dihadapi oleh agensi hal ehwal agama Islam di Negeri Kelantan.
Disediakan oleh:
Urus setia Muzakarah Perundangan Syariah Negeri Kelantan Tahun 2023

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI