faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

MAJLIS PENYERAHAN DANA BANTUAN NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU| Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri (BSKSN) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKN) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Dana Bantuan Nafkah bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan mewakili Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada majlis ini adalah YB. SS Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, (Mufti Kelantan), wakil-wakil agensi hal ehwal Islam termasuk dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dalam ucapannya, YB Dato' Timbalan Menteri Besar menyatakan bahawa pewujudan BSK dalam menguatkuasa dan melaksana perintah nafkah ini hendaklah didokong dengan sebaiknya selari dengan Dasar Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan.

Pada majlis ini, seramai 34 orang telah dipilih sebagai penerima dana bantuan nafkah. Pemilihan nama-nama penerima ini ditentukan melalui penilaian Had Kifayah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Syarat utama  dalam pemilihan ini adalah para penerima hendaklah berdaftar sebagai pelanggan BSKSN Kelantan yang telah memfailkan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di mahkamah Syariah.
 
Beliau juga berharap bantuan yang disampaikan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh para penerima terutamanya dalam memastikan kebajikan dan keperluan para penerima dan anak-anak.

Disediakan oleh:

Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

https://www.facebook.com/100075979645565/posts/pfbid02ogo1wxwNNoN4daGmBNbCA7a26TedtH2u9pdtUpce6YxAoZbD8gqYC9a28UpaAzvTl/?mibextid=Nif5oz

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI