faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Soalan Lazim - Pusaka (Faraid)

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Apakah Kes Faraid?

 

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :

 

i.    Harta tak alih seperti tanah dan rumah.

 

ii.   Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

 

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?

Dokumen yang diperlukan ialah :

i.     Borang permohonan yang lengkap

ii.    Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.

iii.   Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.

iv.   Salinan geran harta/buku akuan/penyata.

v.    Sijil nilaian harta jika ada.

vi.  Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan