Bolehkah seseorang isteri itu tinggal berasingan dengan suaminya semasa prosiding tuntutan fasakh sedang berjalan?. Ini kerana tuntutan fasakh dibuat atas alasan suami seorang yang mengalami masalah mental yang kritikal dan seringkali berada di luar kawalan sehingga memukul isteri, mencederakan bahkan membahayakan nyawa isterinya?
Boleh. Jika isteri bimbang bahawa suaminya akan bertindak balas dengan memukul dan membahayakan nyawanya setelah dia memfailkan tuntutan fasakh tersebut, atau mengenakan tekanan mental dan emosi yang bersangatan terhadapnya, maka semasa memfailkan tuntutan fasakh tersebut, isteri bolehlah memfailkan permohonan injunksi / tegahan kacau ganggu secara ex-parte.