faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Pengenalan E-Syariah

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan E-Syariah

E-Syariah ialah projek Kerajaan Elektronik yang ketujuh di bawah Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). Ianya merupakan satu sistem pengurusan kes yang bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah. Rangkaian elektronik yang menghubungkan Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta agensi-agensi yang berkaitan diwujudkan bagi tujuan penyelarasan dan perkongsian maklumat. 

E-Syariah akan membawa perubahan dan pembaharuan kepada operasi di Mahkamah Syariah. Ianya juga akan memperkemaskan pengurusan kes di samping dapat menyeragamkan proses pengendalian pendaftaran Peguam Syarie. Urusan harian pejabat dapat dipertingkatkan melalui penggunaan Sistem Automasi Pejabat manakala melalui Sistem Pengurusan Perpustakaan JKSM mempermudahkan proses memesan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan untuk rujukan para Hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah. Melalui Portal E-Syariah orang ramai dapat memahami prosidur mahkamah, peraturan terkini serta membuat pertanyaan mengenai status kes. Pengiraan Faraid juga akan dibuat secara elektronik.

Objektif

1. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan Mahkamah Syariah;
2. Mempertingkatkan keberkesanan JKSM dalam menyelaras dan memantau
agensi-agensi di bawahnya;
3. Meningkatkan produktiviti dan efisiensi pengurusan Mahkamah Syariah
di seluruh negara;
4. Memartabatkan syiar Islam melalui penggunaan ICT.

Aplikasi-aplikasi E-Syariah

Aplikasi E-Syariah merangkumi Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah, Portal E-Syariah, e-Nafkah, e-Bicara, e-Faraid, Sistem Automasi Pejabat, Sistem Pengurusan Perpustakaan dan Sistem Pendaftaran Peguam Syarie. Sistem ini juga akan menyediakan kemudahan bagi menyalurkan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

Fungsi dan Faedah E-Syariah

  • Melaksanakan prosedur kerja yang lebih selaras, bersepadu dan sistematik
  • Mengurangkan masa orang ramai berurusan di kaunter Mahkamah Syariah
  • Mengurangkan proses-proses kerja manual kakitangan Mahkamah Syariah dan mengurangkan penggunaan pelbagai buku rekod yang banyak
  • Melaksanakan sistem pengurusan yang lebih sistematik, mudah, teratur dan berkesan
  • Mewujudkan saluran komunikasi secara elektronik di antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) bagi memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan