SULH & BSK DI PROGRAM SANTUNI MADANI KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)
Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin, 19 Januari 2025, 8.00 malam
𝑷𝑨𝑺𝑰𝑹 𝑷𝑼𝑻𝑬𝑯 | Unit Sulh dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNK) telah mengambil bahagian sebagai pempamer di Program Santuni Madani yang berlangsung selama dua hari, pada 17 dan 18 Januari 2025 di Masjid Mukim Permatang Sungkai dan SMU(A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan.
Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ini telah melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, serta sokongan penuh daripada masyarakat setempat.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Turut hadir ialah YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Tuan Haji Kamaruddin bin Omar, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), YDH ASP Tuan Amran bin Mat dari Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh dan tetamu-tetamu yang lain.
Selain Sulh dan BSK, pelbagai agensi lain turut serta sebagai pempamer antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Bantuan Guaman, Universiti Malaysia Kelantan dan lain-lain.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyalurkan maklumat dan perkhidmatan bermanfaat kepada masyarakat setempat.