KOTA BHARU, KELANTAN - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKN) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Kelantan pada 20 Oktober 2024 bertempat di H Elite Design Hotel.
Majlis yang julung kali diadakan ini telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan seramai 101 Peguam Syarie baharu negeri Kelantan yang datang dari seluruh Malaysia.
Penyampaian Sijil Peguam Syarie telah disempurnakan oleh YAA Dato' Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.
Turut hadir bagi melengkapkan majlis adalah ahli Jawatankuasa Kelayakan dan Tatatertib Peguam Syarie Negeri Kelantan terdiri daripada YB. Sahibussamahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Mohd Hafiz bin Daud, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Haji Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar JKSNKN merangkap Setiausaha Jawatankuasa, YA Tuan Haji Zaini bin Sulaiman, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, YA Tuan Haji Mohd Anwan bin Ab. Muttalib, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, Tuan-Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Syariah dan wakil Persatuan Peguam Syarie.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.