18 Julai 2024
𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑩𝑯𝑨𝑹𝑼| Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri (BSKSN), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKN) dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) Kota Bharu telah menganjurkan Program BSK Bersama Golongan Sasar bertempat di Dewan Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu.
Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Puan Azizah binti Zakaria, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu.
Objektif penganjuran adalah bagi mendekati golongan sasar dalam kalangan ibu tunggal yang berdaftar dengan PKMJ Kota Bharu dan sekaligus berkongsi berkaitan fungsi dan peranan BSK dalam menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah dan mutaah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah.
Program ini juga direalisasikan hasil dari kunjung hormat BSKSN JKSNKN ke PKMJ Kota Bharu pada awal tahun 2024.
Seramai 80 orang peserta telah hadir bagi menjayakan program yang diadakan. Program pada hari ini dimulakan dengan ceramah pertama bertajuk: Nafkah dan Kewajipannya oleh Tuan Mohd Yusoff bin Mohamed, Penolong Pengarah BSKSN JKSNKN, manakala ceramah kedua bertajuk: Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah oleh Tuan Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin, Penolong Pengarah Kanan, BSK Seksyen Negeri Kelantan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PKMJ Kota Bharu atas kesudian menyediakan ruang dan peluang yang cukup bermakna kepada BSKSN JKSNKN.
Semoga program penerangan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan semua masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan.
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑺𝒐𝒌𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑺𝒆𝒌𝒔𝒚𝒆𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏
𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂