KOTA BHARU | 19 Zulhijjah 1445H Bersamaan 27 Jun 2024 (Rabu) |
6:00 Petang
Β
KDYMM Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Suratcara Watikah Tauliah kepada YAA Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang diadakan di Renai Hotel.
Seramai 8 orang penerima Watikah bagi Hakim Rayuan Syariah, 2 orang
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, 1 orang Pendaftar Mahkamah Tinggi Dan Rayuan
Syariah serta 21 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Turut hadir, Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Datoβ Sri Amar DβRaja, Datoβ Mohd Amar Abdullah, YB Exco Pembangunan Islam, Dakwah, dan Hubungan Seranta, YDH CP Datoβ Ketua Polis Kelantan, YABrs Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan(Pengurusan),
YABhg Datoβ Perwira Raja, Penglola Istana DβRaja Kelantan, YABrs Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,(MAIK) Pegawai-Pegawai Kanan Istana DβRaja Kelantan serta Anggota -anggota Panel Mahkamah Negeri Kelantan.
Doa telah dipimpin oleh Imam Besar (MAIK), Negeri Kelantan.
Sumber Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan