faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Projek KIK I-Mutaah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Isnin, 17 Julai 2023 -  Projek KIK I-Mutaah telah dilancarkan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Ibrahim Bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Dato' Seri Paduka Raja, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. Projek ini dijalankan oleh Kumpulan Miftah yang dianggotai oleh 10 orang ahli kumpulan dan diketuai oleh Tuan Dr Wan Azimin Bin Wan Adnan, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tumpat. 

Projek ini telah dibangunkan dengan tujuan untuk memberi satu garis panduan bagi tuntutan mutaah di Mahkamah Syariah semasa Majlis Sulh dijalankan. 

Projek I-Mutaah ini meliputi dua aspek utama pembanguan bersifat inovasi. Pertama, membangunkan formula khusus bagi pengiraan kadar mutaah yang sesuai sebagai asas perbincangan dalam perundingan sulh. Formula tersebut dibangunkan melalui penyelidikan kualitatif dan analisis kandungan terhadap penghakiman kes-kes mutaah yang dilaporkan. 

Kedua, menyediakan satu kaedah berasaskan pengunaan ICT bagi memendekkan proses pengendalian Majlis Sulh.I-Mutaah ini menggunakan sistem QR Code dan akan diimbas semasa Majlis Sulh dijalankan bagi memberikan satu amaun cadangan kadar mutaah sebagai penyelesaian kepada pihak-pihak yang bertikai.

YAA Ketua Hakim Syarie ketika merasmikan pelancaran Projek I Mutaah ini diperingkat seluruh Mahkamah Syariah di Kelantan berharap dengan berjalannya projek ini akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya dan mengurangkan kes-kes tertangguh di Mahkamah Syariah.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI