faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Sulh/Meditasi

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

DEFINISI

Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.



ASAS PERLAKSANAAN


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya"
                                                                                        
(Surah Al-Hujrat : 9)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian antara mereka berdua (secara yang sebaik - baiknya kerana perdamaian itu lebih baik  (bagi mereka daripada bercerai-berai)"
                                                                                                               
(Surah An-Nisa' : 128)

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :

“Perdamaian (sulh) itu diharuskan (dalam  urusan) di antara kaum Muslimin, kecuali sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram”

(Hadis Riwayat at-Tarmizi dan beliau menilainya Sahih – Kitab Subul as-Salam)



PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  1. Seksyen 99 – Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Kelantan (2002)
  2. Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) Kelantan 2004 (KTMSM04)
  3. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 (EUKIM02)



TUNTUTAN & PERMOHONAN YANG BOLEH DIBUAT MELALUI PROSES SULH

Antara tuntutan atau permohonan yang boleh diselesaikan melalui Majlis Sulh adalah :

  1. Tuntutan kerana melanggar janji untuk berkahwin / pertunangan (seksyen 15 EUUKIM 2002)
  2. Tuntutan-tuntutan berbangkit dari suatu perceraian seperti :
    • Muta’ah (seksyen 58 EUUKIM 2002)
    • Nafkah ‘Iddah (seksyen 66 EUUKIM 2002)
    • Nafkah Tertunggak (seksyen 70 EUUKIM 2002)
    • Harta Sepencarian (seksyen 122 EUUKIM 2002)
    • Hutang Maskahwin (seksyen 59 EUUKIM 2002)
    • Hal-hal lain yang difikirkan munasabah
  3. Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadanah) dengan melihat kepentingan anak-anak tersebut dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas perceraian (seksyen 82 EUUKIM 2002)
  4. Tuntutan Nafkah Anak (seksyen 73, 74, 75, 76, 78 EUUKIM 2002)
  5. Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI