faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Soalan Lazim-Umum

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Bagaimanakah cara untuk menghubungi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan sekiranya sekiranya saya ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan?

  

Tel             : 09 - 7482206 / 09-7461512

Fax            : 09 - 7448206

Laman web : www.kelantan.jksm.gov.my/jksn 

E-Mail       : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Apakah Jenis Pendaftaran Kes MAL?

 

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

 

a.       Tuntutan

 

b.      Permohonan

 

Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan Saman berserta penyata tuntutan. Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonan berserta afidavit sokongan.

 

Apakah syarat-syarat sesuatu kes boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah?

 

Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.

 

Apakah sebab-sebab kelewatan kes berlaku di Mahkamah- Mahkamah Syariah?

  

i. Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Defendan/Responden.

 

ii.  Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar Negeri Sembilan.

 

iii.  Plaintif atau Defendan mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah.

 

iv.  Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan.

 

v. Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti sakit.

 

vi. Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

 

vii.  Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk melantik peguam.

 

viii.  Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen.

 

ix. Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina.

 

x. Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir.

 

xi.  Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit.

 

xii.  Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

 

xiii. Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi.

 

xiv.  Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu.

 

xv.  Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi.

 

xvi.  Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam.

 

xvii. Saman kepada OKT tidak dapat diserahkan.

 

xviii. Waran tangkap tidak dapat diserahkan.

 

xix. Afidavit penyampaian kepada OKT tidak difailkan apabila membabitkan luar negeri.

 

xx.  Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini OKT.

 

xxi. Hakim cuti kecemasan.

 

xxii. Hakim cuti sakit.

 

xxiii. Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak/peguam tidak hadir tanpa sebab.

 

xxiv. Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran.

 

Jika tidak mampu mengambil Peguam, apakah ada Bantuan Guaman yang disediakan oleh pihak Kerajaan?

 

Ya, ada. Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bagi membantu rakyat yang tidak mampu membayar khidmat guaman semasa menghadapi kes di Mahkamah Syariah. Pegawai dari JBG akan bertindak sebagai Peguam kepada orang yang melantiknya di dalam mana-mana pertikaian di Mahkamah Syariah.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI