faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Soalan Lazim - Perkahwinan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Dimanakah Permohonan Poligami Saya Boleh Didaftarkan? Situasi: Saya tinggal di Kampung Ketereh dan bekerja di Kota Bharu. Isteri saya bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Sekiranya saya ingin membuat permohonan berpoligami, dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan ?.

 

Tuan boleh membuat permohonan kebenaran berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa adalah diperlukan kerana isteri tuan beralamat penyampaian di Kuala Lumpur. Borang permohonan kebenaran berpoligami dan Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa boleh didapati di Kaunter , Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu.

 

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan sekiranya saya ingin mendaftarkan Permohonan Kebenaran Berpoligami?

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan Permohonan Kebenaran Berpoligami adalah :

 

Dua (2) salinan borang (Notis Permohonan & Afidavit)

 

Dua (2) salinan borang penyampaian saman di luar bidangkuasa (bagi Responden yang berada di luar Kelantan/Malaysia)

 

Borang MS 27 (Pengenalpastian Ekshibit) mengikut bilangan ekshibit yang ditandakan.

 

Salinan KP Pemohon (3 salinan)

 

Salinan surat Permastautinan Pemohon (bagi Pemohon yang alamat KP diluar daerah di negeri Kelantan atau di luar daripada negeri Kelantan) (3 salinan)

 

Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan/Penyata Bank/Perakuan Pendapatan (terbaru) (mana yg berkaitan) (3 salinan)

 

Salinan Surat Nikah (isteri sedia ada) (3 salinan)

 

Salinan Surat Cerai Bakal Isteri (3 salinan) jika janda dan Salinan Surat Mati Suami Terdahulu (3 salinan) jika bercerai mati.

 

Saya dan suami telah melangsungkan perkahwinan di wilayah Pattani Thailand tanpa pengetahuan keluarga. Adakah saya perlu mendaftar perkahwinan tersebut di Malaysia?

 

Setiap perkahwinan yang sah menurut Hukum Syara' hendaklah didaftarkan. Bagi kes puan, puan hendaklah terlebih dahulu membuat Permohonan Pengesahan Pernikahan di Mahkamah bagi menentukan sama ada pernikahan yang dilangsungkan itu adalah sah atau sebaliknya.

 

 

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Pendaftaran Kes Jenayah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN)
KELGOV PPST

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Arkib Berita Terkini

DASAR PRIVASI