PENGERTIAN |
Harta bawaan adalah harta yang dimiliki oleh Suami dan Isteri sebelum perkahwinan, Ini bermakna harta-harta samaada harta alih atau harta tidak alih yang dimiliki atau diperolihi sebelum tempoh perkahwinan mereka. Harta-harta ini boleh diklasifikasikan sebagai harta yang dibeli atau diwarisi dari keluarga si suami atau si isteri melalui Hibah, Hadiah,Wasiat atau Faraid. walaubagaimanapun Harta Bawaan ini tidak dinyatakan dan ditafsirkan secara khusus di dalam Undang-undang Keluarga Islam Kelantan.
Walaupun harta-harta ini biasanya tidak dituntut sebagai harta sepencarian jika berlakunya penceraian antara suami dan isteri tetapi ia masih boleh dituntut mengikut tahap atau had-had sumbangan yang dilakukan oleh suami atau isteri terhadap harta tersebut sebagai contoh:
Si Isteri telah menerima sebidang tanah hasil dari faraid diatas kematian ayah beliau sebelum perkahwinan beliau. kemudian setelah berkahwin beliau dan suami telah membina sebuah rumah diatas tanah tersebut. Jika berlaku perceraian diantara kedua pihak, si suami berhak menuntut had sumbangan si suami keatas pembinaan rumah tersebut. Dan mahkamah akan memutuskan had-had yang akan diperolihi bagi kedua-dua pihak diatas kebijaksanaan mahkamah. Masalah berkenaan tanah tersebut, Si Suami tidak boleh menuntut di mahkamah kerana tanah tersebut adalah harta bawaan si isteri.