faq Soalan Lazim hubungi Hubungi Kami maklumbalas Aduan & Maklum Balas petalaman Peta Laman    
      warna1   warna2   warna3      
enms
A- A A+

Soalan Lazim - Perceraian

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Saya telah bercerai talak satu raj'ie dengan kebenaran Mahkamah di Mahkamah Syariah Derah Pasir Mas pada bulan 10 Mei 2019 yang lalu. Adakah saya mempunyai hak dan apakah tuntutan atau hak-hak yang boleh saya tuntut sebagai isteri setelah berlakunya perceraian antara saya dan bekas suami ?

 

Selepas berlakunya perceraian, Puan mempunyai beberapa hak yang boleh dituntut dan difailkan di Mahkamah Syariah. Antara tuntutan-tuntutan yang boleh difailkan adalah :

 

       1. Hutang Maskahwin

       2. Nafkah 'Iddah

       3. Tunggakan Nafkah Isteri

       4. Mutaah

       5. Harta Sepencarian

       6. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

       7. Nafkah Anak

 

Saya dan suami telah bergaduh, dalam pergaduhan itu suami telah mengatakan yang hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi. Dia sudah tidak mempunyai perasaan lagi terhadap saya dan meminta agar kami membawa haluan masing-masing. Suami saya juga ada melafazkan, “Aku lepaskan kamu mulai hari ini”. Apakah status hubungan kami?

 

Untuk makluman puan, puan bolehlah datang ke Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat tinggal puan dan mendapatkan contoh Afidavit untuk membuat pengesahan lafaz cerai bagi memastikan maksud/niat sebenar lafaz suami puan itu. Ianya perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Mahkamah akan memutuskan sama ada lafaz itu menyebabkan jatuhnya talaq atau tidak.|

 

Selepas bercerai suami saya sentiasa mengugut saya bahawa saya tidak akan mendapat hak penjagaan anak kerana saya tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap dan hanya menjual kuih-muih secara sambilan untuk menyara kehidupan. Adakah pekerjaan seseorang isteri ataupun seseorang isteri yang tidak bekerja itu tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak berbanding suami yang bekerja ?

 

Untuk makluman puan, walaupun isteri tidak mempunyai pekerjaan, Mahkamah Syariah boleh memberikan hak penjagaan anak kepada isteri jika Mahkamah mendapati anak-anak tersebut lebih terjamin kebajikannya apabila mereka berada di bawah penjagaan ibu. Ini kerana pertimbangan Mahkamah Syariah adalah berdasarkan kepada kebajikan anak atau pun apa-apa yang difikirkan terbaik untuk anak-anak tersebut (the best interest of the child).

 

Apakah tindakan yang wajar dilakukan sekiranya telah berlakunya penceraian di luar Mahkamah di antara suami dan isteri ?

 

Penceraian boleh berlaku di mana-mana sama ada di luar Mahkamah atau di dalam Mahkamah. Sekiranya penceraian berlaku di luar Mahkamah, maka pihak-pihak tersebut hendaklah membuat Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai di Mahkamah bagi menentukan kesahihan lafaz tersebut seberapa segera selepas berlakunya lafaz tersebut.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan