


Kota Bharu, 20 April 2026 bersamaan 02 Zulkaedah 1447H: Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra telah berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 bertempat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim.
Menyambut keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan adalah YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan YABhg Datin, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar dan YBhg Datin, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Kerajaan Kelantan dan YBhg Datin, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan serta pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.
Majlis istiadat berkenaan turut dihadiri oleh barisan EXCO-EXCO, ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Negeri dan Persekutuan.
Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang ke-15 Tahun 2026 akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 20 April 2026 sehingga 23 April 2026.